Thursday, May 21, 2009

ITINERARI 4H3M KUCHING + SCV

HARI PERTAMA : KUALA LUMPUR – KUCHING (L/D)
Berlepas dari Kuala Lumpur ke Kuching. Sebaik tiba di Kuching, anda akan disambut oleh wakil kami di sana dan terus di bawa terus ke tempat yang terkenal dengan barangan kraftangan dan hiasan iaitu Serikin yang terletak di sempadan Indonesia. Makan tengahari dan terus di bawa ke hotel penginapan untuk berehat. Acara adalah bebas dan makan malam disediakan di restoran tempatan.

HARI KEDUA : KUCHING (B/L/D)
Selepas bersarapan pagi, lawatan diteruskan ke Bangunan Kolonial zaman pemerintahan Rajah Puteh, Bangunan Mahkamah Rendah Kolonial, Menara Jam, Monumen Peringatan Charles Brooke, Menara Square dan Muzium Kuching. Lawatan ke Muzium Sarawak yang merupakan antara yang terbaik di Asia Tenggara. Selepas makan tengahari, meneruskan lawatan ke Pusat Pemuliharaan Orang Utan Semenggoh yang terletak 20km dari Bandar Kuching.Lawatan ke Kilang Pasu bagi melihat pembuatan pasu tanah liat secara tradisional. Makan malam di restoran tempatan.

HARI KETIGA : KUCHING + SCV (B/L/D)
Selepas bersarapan pagi, acara lawatan diteruskan ke Kampung Budaya Sarawak yang terletak 30km dari Bandar Kuching. Disini anda dapat melihat keunikan 7 jenis rumah suku kaum yang terdapat di Sarawak. Ia meliputi Rumah Iban, Bidayuh, Melanau, Penan, Melayu Sarawak, Orang Ulu dan Cina Sarawak. Peserta akan dapat menyaksikan tarian tradisional pelbagai masyarakat di Sarawak yang diadakan di auditorium di sini. Makan tengahari di restoran tempatan dan kembali ke tempat penginapan untuk berehat. Makan malam di sediakan di restoran tempatan.

HARI KEEMPAT : KUCHING – KUALA LUMPUR (B)
Sarapan pagi di hotel dan selepas itu di bawa ke Lapangan Terbang Kuching untuk penerbangan balik ke Kuala Lumpur.

0 comments:

Post a Comment

 
Powered by Blogger