Thursday, May 21, 2009

ITINERARI 4H3M BALI

HARI PERTAMA : KUALA LUMPUR – DENPASAR BALI + ULUWATU TOUR (D)
Berlepas dari LCCT Kuala Lumpur dengan pesawat Airasia AK900 jam 10:25pagi. Dijangka tiba di Ngurah Rai International Airport jam 01:55petang. Disambut oleh wakil kami disana. Anda akan terus dibawa melawat Uluwatu Temple yang memiliki pemandangan yang cukup menakjubkan. Disini juga anda akan dapat bermesra dengan ratusan monyet yang sedia menanti kedatangan para pelawat. Makan malam sekitar jam 07:00malam sambil menikmati permandangan matahari terbenam di Pantai Jimbaran, anda akan dibawa untuk daftar masuk ke hotel penginapan yang terletak di kawasan Kuta-Legian. Pada sebelah malam, aturcara bebas untuk anda membeli-belah atau bersantai di sekitar hotel yang terletak berhadapan dengan puluhan kedai.

HARI KEDUA : KINTAMANI TOUR + UBUD TOUR (B/L/D)
Selepas sarapan pagi di hotel, lawatan diteruskan ke daerah Kintamani dan Ubud yang akan membolehkan anda melawat ke Pusat Barangan Perak di Celuk, membeli-belah produk tempatan Bali di Galoh dan juga lawatan ke Gunung Berapi Batour. Makan tengahari di kawasan tanah tinggi dengan udara yang nyaman. Kembali ke kota Kuta. Dalam perjalanan itu, peserta akan dibawa singgah ke Pusat Pembuatan Kopi Bali dan ke tempat membeli-belah terkenal di Bali iaitu Pasar Sukawati bagi mendapatkan pelbagai barangan dengan harga yang murah. Makan malam di Pelabuhan Tanjung Benoa. Kembali ke hotel penginapan. (Bagi yang berminat dengan Aromatheraphy, malam ini anda berpeluang untuk menyertai aturcara tambahan, Spa Treatment. Pakej mandian lengkap ini boleh dinikmati selama 2jam dengan harga sekitar RM80 sahaja).

HARI KETIGA : BEDUGUL TOUR + TANAH LOT (B/L/D)
Selepas sarapan pagi di hotel, lawatan diteruskan ke daerah Bedugul. Anda akan berpeluang melihat keunikan Mengwi Royal Temple di Taman Ayun, Tasik Beratan dan makan tengahari dengan udara nyaman di hadapan tasik. Kembali ke Kuta bagi menuju Tanah Lot. Tanah Lot mempunyai permandangan indah dan unik kerana ia merupakan temple yang terletak di atas permukaan laut. Disini juga terdapat puluhan kedai yang menjual pelbagai barangan dengan harga yang murah. Makan malam di restoran masakan Sunda. Kembali ke hotel.

HARI KEEMPAT : DENPASAR BALI – KUALA LUMPUR (B)
Selepas sarapan pagi di hotel, acara bebas bagi membolehkan peserta bersiar-siar di sekitar hotel. Check-out dari hotel dan dibawa ke Ngurah Rai International Airport bagi meneruskan perjalanan pulang dengan pesawat Airasia AK901 jam 01:55petang. Dijangka tiba di LCCT Kuala Lumpur jam 04:55petang.

1 comments:

Anonymous said...

Bole saya tau syarikat ni apa no kpl....saya semak di kementerian pelancongan tak ada pun....

Post a Comment

 
Powered by Blogger