Thursday, May 21, 2009

ITINERARI 3H2M BANDUNG SHOPPING

HARI PERTAMA : KUALA LUMPUR – BANDUNG (L/D)
Berlepas dari LCC Terminal Kuala Lumpur dengan pesawat Airasia QZ7596 pada jam 09:50pagi. Tiba di Bandung International Airport pada jam 10:55pagi (waktu Indonesia). Disambut oleh wakil kami disana. Anda akan dibawa meneruskan lawatan ke beberapa tempat bersejarah di Bandung seperti Bangunan Persidangan Asia Africa, Satay House Building, Merdeka Building dan makan tengahari di restoran tempatan. Membeli-belah di beberapa Factory Outlet yang terkenal di Kota Bandung. Makan malam di restoran tempatan. Daftar masuk ke hotel penginapan.

HARI KEDUA : BANDUNG + TANGKUBAN PERAHU (B/L/D)
Sarapan pagi di hotel. Meneruskan lawatan ke Gunung Tangkuban Perahu yang mempunyai sejarah tersendiri. Anda akan dapat melihat sendiri kawah gunung berapi yang masih lagi mengeluarkan gas. Juga pemandangan indah dari puncak gunung dengan suhu yang cukup nyaman. Singgah juga di Ciater Hot Spring. Makan tengahari di restoran tempatan. Membeli-belah di Cibaduyut untuk mendapat pelbagai produk kulit dan jeans pada harga yang rendah. Selepas itu dibawa pula membeli-belah di Pasar Baru yang merupakan tempat paling digemari oleh penggemar shopping. Makan malam di restoran tempatan.

HARI KETIGA : BANDUNG – KUALA LUMPUR (B/L)
Sarapan pagi di hotel. Bertolak ke Bandung International Airport bagi penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dengan pesawat Airasia QZ7593 pada jam 11:20pagi. Dijangka tiba di LCC Terminal Kuala Lumpur jam 02:25ptg.. Lawatan tamat.

0 comments:

Post a Comment

 
Powered by Blogger