Thursday, May 21, 2009

ITINERARI 4H3M TANJUNG BALAI

HARI PERTAMA : KUALA LUMPUR – STULANG LAUT – TANJUNG PINANG (L/D)
Bertolak dari Kuala Lumpur seawal jam 12:00mlm menuju ke Jeti Stulang Laut, Johor. Dijangka tiba di The Zone Ferry Terminal, Stulang Laut sekitar jam 07:00pagi. Bersarapan pagi di kawasan sekitar jeti. Pada jam 09:00pagi, berlepas dengan feri ke Tanjung Pinang yang akan mengambil masa 3jam. Tiba di Tanjung Pinang sekitar jam 12:00tghari. Makan tengahari di restoran tempatan. Anda akan dibawa daftar masuk ke hotel. Pada jam 04:00ptg anda akan dibawa melihat suasana Pasar Tanjung Pinang sambil membeli-belah. Selepas itu, anda akan dibawa ke Melayu Square Bay bagi menikmati suasana matahari terbenam dan menikmati makan malam. Dari sini anda berpeluang melihat Pulau Penyengat yang berada di seberang. Kembali ke hotel. Acara bebas.

HARI KEDUA : PULAU PENYENGAT + PULAU SENGGARANG (B/L/D)
Sarapan pagi di hotel. Peserta akan dibawa melawat Pulau Penyengat yang terkenal dengan sejarah Kerajaan Melayu Riau. Disini anda berpeluang melawat Makan Raja-Raja Melayu Riau antaranya Makan Raja Ali Haji yang sinonim dengan Gurindam 12. Peserta juga dibawa melawat Benteng yang dahulunya digunakan semasa perang menentang Belanda. Lawatan seterusnya Masjid Kesultanan Melayu Riau iaitu Masjid Raya Penyengat. Ada cerita kononnya kubah masjid ini berlapiskan putih telur. Solat Zohor. Kembali ke Tanjung Pinang untuk menikmati makan tengahari di restoran tempatan. Selepas itu, lawatan diteruskan ke Pulau Senggarang. Peserta akan dibawa melihat Patung Dewi Kwan Yin yang terletak di kawasan Buddha Temple. Kemudian, melawat perkampungan nelayan suku Bugis yang terletak di atas pelantar. Kembali ke Tanjung Pinang. Melawat Kilang Pembuatan Langsir bagi melihat dengan lebih dekat pembuatan langsir disini. Makan malam di restoran tempatan. Kembali ke hotel. Acara bebas.

HARI KETIGA : PANTAI TRIKORA + SHOPPING (B/L/D)
Sarapan pagi di hotel. Pagi ini peserta akan dibawa ke Pantai Trikora yang cukup terkenal dengan keindahan pasir pantai yang putih dan air lautnya yang biru. Anda berpeluang mandi disini atau santai sahaja bagi menikmati udaranya yang segar. Bagi yang memilih untuk bersantai, anda boleh menikmati air kelapa muda sambil merasai Otak-Otak Kawal yang enak. Disini juga terkenal sebagai kawasan Kelong Ikan. Kembali ke Tanjung Pinang untuk makan tengahari di restoran tempatan. Selepas itu, membeli-belah di salah satu kompleks membeli-belah disini. Makan malam di restoran tempatan. Kembali ke hotel.

HARI KEEMPAT : TANJUNG PINANG – STULANG LAUT – KUALA LUMPUR (B/L)
Sarapan pagi di hotel. Acara bebas pada sebelah pagi. Makan tengahari di restoran tempatan sekitar jam 11:00pagi. Bertolak ke Jeti Tanjung Pinang. Menaiki feri jam 01:00ptg untuk ke Jeti Stulang Laut. Setibanya di Jeti Stulang Laut sekitar jam 05:00ptg, menaiki bas untuk perjalanan kembali ke Kuala Lumpur. Peserta akan diberi masa untuk minum dan berehat sebentar semasa dalam perjalanan mengikut kesesuaian masa dan situasi. Dijangka tiba di Kuala Lumpur sekitar jam 11:00mlm. Lawatan tamat…

1 comments:

Anonymous said...

boleh saya tau berapa kos untuk ke tg balai@pulau karimun?

Post a Comment

 
Powered by Blogger