Thursday, May 21, 2009

ITINERARI 5H4M JAKARTA PUNCAK BANDUNG

HARI PERTAMA : KUALA LUMPUR – JAKARTA (L/D)
Berlepas dari LCC Terminal Kuala Lumpur dengan pesawat Airasia AK952 pada jam 07:00pagi. Tiba di Suekarno-Hatta International Airport pada jam 08:00pagi (waktu Indonesia). Disambut oleh wakil kami disana. Anda akan dibawa berehat dan bersiar-siar di Ancol. Makan tengahari di restoran tempatan. Meneruskan lawatan ke Taman Mini Indonesia. Daftar masuk ke hotel. Makan malam di restoran tempatan.

HARI KEDUA : JAKARTA – PUNCAK (B/L/D)
Sarapan pagi di hotel. Meneruskan perjalanan ke Puncak. Dalam perjalanan, rombongan akan melawat Taman Safari Indonesia yang merupakan sebuah taman safari yang luar dengan hidupan liar bebas berkeliaran. Makan tengahari di restoran tempatan. Perjalanan di teruskan ke Puncak. Sampai di hotel, daftar masuk. Makan malam di restoran tempatan. Nikmatilah udara yang nyaman dan segar sambil berehat.

HARI KETIGA : PUNCAK – BANDUNG (B/L/D)
Sarapan pagi di hotel. Meneruskan perjalanan ke Bandung. Singgah membeli makanan ringan khusus Bandung yang terdapat pelbagai pilihan. Makan tengahari di restoran tempatan. Perjalanan di teruskan ke Tangkuban Perahu. Disini anda dapat melihat pemandangan dari puncak gunung berapi. Melawat Ciater Hot Spring Water. Daftar masuk ke hotel. Makan malam di restoran tempatan.

HARI KEEMPAT : BANDUNG + SHOPPING (B/L/D)
Sarapan pagi di hotel. Acara membeli-belah dimulakan ke beberapa Factory Outlets yang terkenal di Bandung seperti Terminal Tas, Heritage, Adidas dan Rumah Mode. Makan tengahari di restoran tempatan. Meneruskan membeli-belah di pasar yang cukup terkenal di Bandung, Pasar Baru. Sebelum kembali ke hotel, membeli-belah barangan kulit dan barangan Jeans di Cibaduyut yang terkenal disini. Makan malam di restoran tempatan. Kembali ke hotel.

HARI KELIMA : BANDUNG – JAKARTA – KUALA LUMPUR (B/L)
Sarapan pagi di hotel. Bertolak balik ke Jakarta dengan melalui Lebuhraya Chipularang yang memakan masa 3jam. Sebaik tiba di Jakarta, makan tengahari di restoran tempatan. Peserta dibawa membeli-belah di Mangga Dua yang sinonim sebagai kawasan membeli-belah di kota Jakarta. Menuju Suekarno-Hatta International Airport bagi penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dengan pesawat Airasia AK957 pada jam 08:20mlm. Dijangka tiba di LCC Terminal Kuala Lumpur jam 11:10mlm. Lawatan Tamat..

0 comments:

Post a Comment

 
Powered by Blogger