Thursday, May 21, 2009

ITINERARI 4H3M MEDAN DANU TOBA

HARI PERTAMA : KUALA DUMPUR – MEDAN – PARAPAT (L/D)
Sebaik tiba di Lapangan Terbang Polonia Medan, anda akan dibawa terus menuju ke Parapat dengan menaiki bas khas. Makan tengahari disediakan di restoran tempatan. Selepas itu perjalanan diteruskan dan berhenti sebentar di Pematang Siantar untuk membeli-belah barangan tempatan. Sebaik tiba di Parapat, anda akan terus dibawa masuk ke hotel penginapan bagi beristirehat. Makan malam disediakan di hotel.

HARI KEDUA : PARAPAT – BERASTAGI – MEDAN (B/L/D)
Selepas bersarapan pagi di hotel dan check-out, lawatan diteruskan ke Kampung Tomok dan Kampung Ambarita. Makan tengahari disediakan di restoran tempatan.Kemudian meneruskan perjalanan menuju ke Berastagi sambil singgah melawat Simarjarunjung dan Air Terjun. Sebaik tiba di Berastagi, anda akan dibawa ke Pasar Buah-buahan. Selepas membeli-belah, perjalanan diteruskan ke Medan dan sebaik tiba di Medan, hidangan makan malam akan disediakan di restoran tempatan. Check-in hotel. Acara bebas.

HARI KETIGA : MEDAN (B/L/D)
Sarapan pagi di hotel. Lawatan akan diteruskan di sekitar bandar Medan. Anda akan dibawa melawat Istana Maimoon, Masjid Besar, Kedai Cenderahati, Pasar Ikan Medan dan Plaza Membeli-belah. Selepas itu anda dibawa kembali ke tempat penginapan untuk berehat. Makan tengahari dan malam akan disediakan di restoran tempatan. Pada sebelah malam acara bebas.

HARI KEEMPAT : MEDAN – KUALA LUMPUR (B)
Sarapan pagi di hotel dan acara bebas sehingga menanti dibawa ke Lapangan Terbang Polonia Medan bagi penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

0 comments:

Post a Comment

 
Powered by Blogger