Thursday, December 9, 2010

PAKEJ TERKINI UTK AWAL 2011

Kami akan update blog ini sedikit masa lagi. Nantikan pakej2 terbaru kami utk awal 2011.

Monday, October 25, 2010

PAKEJ2 HUJUNG TAHUN 2010 DAN AWAL 2011

5 Hari 3 Malam Gold Coast + SeaWorld + MovieWorld 19-23 Nov 2010

6 Hari 4 Malam Seoul / Everland / Nami Island / Ski Tour 06-11 Dec 2010

4 Hari 3 Malam Ho Chi Minh + CuChi + Mekong Delta 27-30 Jan 2011

Dan beberapa lagi Group Series yg sedang diaturkan...
Hubungi kami bagi mendapat maklumat terkini...

Thursday, July 1, 2010

Pakej-Pakej Terbaru

Kami akan update pakej2 terbaru kami utk bulan Oktober hingga Disember 2010.
Nantikan dalam waktu terdekat ini.
Pastikan anda sering lawati blog kami utk maklumat terkini.
Antara pakej tersedia ialah ChiangMai ChiangRai, Beijing, Beijing Ski Tour, Padang Bukit Tinggi, Siem Reap dan Gold Coast.

Saturday, May 1, 2010

CONFIRMED DEPARTURE : 6H5M BEIJING + GREATWALL (MUSLIM) 07-12 JUN 2010

HARI PERTAMA : KUALA LUMPUR – BEIJING + AKROBATIC SHOW (L/D) 07 JUN 10
Berkumpul di Tingkat 5, Balai Berlepas KLIA pada jam 06:00pagi bagi urusan daftar masuk bagasi dan mendapatkan boarding pass. Berlepas dengan pesawat MAS MH378 pada jam 09:00pagi. Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Capitol Beijing sekitar jam 03:15ptg. Selepas urusan Imigresen, Kastam dan tuntutan bagasi, anda akan disambut oleh wakil kami disana. Anda akan dibawa menonton Acrobatic Show yang cukup terkenal diseluruh dunia. Makan malam di restoran tempatan. Daftar masuk ke hotel.

HARI KEDUA : BEIJING + TIANAMEN SQUARE (B/L/D) 08 JUN 10
Sarapan pagi di hotel, lawatan diteruskan ke Tianamen Square yang merupakan sebuah lapangan terbesar di kota Beijing. Juga memasuki Forbidden City yang merupakan istana maharaja beberapa dinasti cina terdahulu. Makan tengahari di restoran tempatan. Sembahyang Zohor di Nan Dou Ya Mosque yang merupakan masjid tua di kota Beijing. Melepaskan lelah anda di Foot Massage Training Centre dimana anda akan menikmati urutan tapak kaki secara percuma. Singgah di Silk Store bagi mendapatkan produk sutera asli pada harga yang amat berpatutan. Makan malam di restoran tempatan. Di bawa membeli-belah di Wangfujing Road yang terkenal dengan jolokan “Bintang Walk Beijing”. Disini peserta akan bebas bersiar-siar dan membeli-belah. Kembali ke hotel.

HARI KETIGA : BEIJING + TEMBOK BESAR CHINA (B/L/D) 09 JUN 10
Setelah sarapan pagi di hotel, anda akan dibawa menuju Greatwall of China yang terletak diluar kota Beijing. Dalam perjalanan, anda akan dibawa singgah di Jade Centre bagi melihat sendiri pembuatan jed tulen. Singgah pula sebentar di Crystal Palace bagi melihat keindahan produk Kristal. Makan tengahari di restoran tempatan. Di restoran ini juga terdapat surau bagi peserta solat Zohor dengan selesa. Tiba di Tembok Besar bagi melihat sendiri antara tujuh keajaiban didunia. Berehat sekitar 2jam, kembali ke kota Beijing. Singgah sebentar di Bao Shu Tang Centre bagi melihat pembuatan ubatan cina moden. Tiba di kota Beijing, makan malam di restoran tempatan. Kembali ke hotel.

HARI KEEMPAT : BEIJING TOUR + SHOPPING (B/L/D) 10 JUN 10
Sarapan pagi di hotel. Lawatan akan dimulakan ke Summer Palace yang merupakan sebuah kawasan istana yang cukup luas. Didalamnya terdapat sebuah tasik buatan, Kunming Lake. Singgah sebentar untuk melihat pembuatan barangan hiasan dari mutiara di Pearl Centre. Melawat ke Dr Tea bagi menikmati beberapa jenis the cina yang amat bernilai untuk kesihatan. Sembahyang Zohor di Madian Mosque yang merupakan satu lagi antara masjid tertua di Beijing. Makan tengahari di restoran tempatan. Tibalah masanya untuk anda dibawa membeli-belah di Russian Market yang merupakan salah satu syurga berbelanja di kota Beijing. Ia dipenuhi oleh produk buatan China yang nyata dijual dengan harga amat rendah. Seterusnya membeli-belah di Yashow Market yang lebih besar. Pelbagai barangan boleh didapati disini termasuk pakaian, kasut, beg, bagasi, cadar, barangan elektronik dan pelbagai lagi. Makan malam di restoran tempatan.

HARI KELIMA : BEIJING TOUR + SHOPPING (B/L/D) 11 JUN 10
Sarapan pagi di hotel. Anda akan di bawa melihat Beijing Olympic Main Stadium yang berbentuk seperti sarang burung.
Dibawa membeli-belah seharian di Kota Beijing. Antaranya Hong Qiao Pearl Market, Silk Street Market dan Yueshiow Market. Makan tengahari dan makan malam di restoran tempatan.

HARI KEENAM : BEIJING – KUALA LUMPUR (B) 12 JUN 10
Sarapan pagi di hotel. Bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Capitol Beijing untuk penerbangan pulang dengan pesawat MAS MH371 pada jam 09:00pagi. Dijangka tiba di KLIA sekitar jam 03:15ptg.


PAKEJ TERMASUK :
- Penerbangan dengan pesawat Malaysia Airlines pergi/balik
- Cukai Lapangan Terbang pergi/balik
- Penginapan di hotel 4 bintang selama 5 malam (2orang sebilik)
- Aturcara lawatan seperti itinerari diatas.
- Hidangan makanan seperti itinerari diatas.
- Pengangkutan sepanjang lawatan.
- Khidmat Tour Guide yang fasih berbahasa Melayu
- Diiringi oleh Pengurus Pelancong dari RH Bestari Travel
- Bayaran masuk ke tempat lawatan
- Bayaran visa ChinaPERCUMA cenderahati dari RH Bestari Travel

CONFIRMED DEPARTURE : 4H3M RANAH MINANG (BUKIT TINGGI) 24-27 JUN 2010

HARI PERTAMA : KUALA LUMPUR – PADANG – BUKIT TINGGI (D) 24 JUN 2010
Berlepas dengan pesawat Airasia AK474 pada jam 02:05petang. Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau sekitar jam 02:05petang (waktu Indonesia), peserta akan disambut oleh wakil kami. Perjalanan akan dimulakan menuju ke Bukit Tinggi melewati Lembah Anai di mana peserta dapat menyaksikan panorama dan Air Terjun Lembah Anai. Perjalanan diteruskan ke Pandai Sikek bagi melihat sendiri pembuatan songket dan ukiran kayu yang terkenal di Sumatera Barat. Tiba di Bukit Tinggi pada lewat petang, check-in dan beristirehat. Makan malam di restoran tempatan.

HARI KEDUA : MINANGKABAU TOUR (B/L/D) 25 JUN 2010
Sarapan pagi di hotel. Lawatan diteruskan ke Sulaman Hajah Rosmah yang terletak di Desa Baso. Berhenti di Tabek Patah untuk melihat proses pembuatan kerepek pisang dan kopi. Kemudian peserta dibawa pula ke Batu Sangkar untuk melihat Istana Raja Silindung Bulan, Makan tengah hari di restoran tempatan. Lawatan diiteruskan ke Danau Singkarak yang merupakan danau yang terbesar di Sumatera Barat. Membeli-belah di Pasar Atas yang cukup sinonim dengan Jam Gadang nya. Disini peserta akan berpeluang mendapatkan pelbagai barangan tempatan dengan harga yang berpatutan. Makan malam di restoran tempatan

HARI KETIGA : BUKIT TINGGI + SHOPPING SAKAN (B/L/D) 26 JUN 2010
Sarapan pagi di hotel. Peserta akan dibawa melawat sekitar Bukit Tinggi, mengunjungi Panorama Ngarai Sianok, Lobang Jepang. Berhenti di Kota Gadang yang terkenal sebagai tempat penjualan kraftangan perak. Makan tengahari di restoran tempatan. Peserta akan di bawa membeli-belah di sekitar Bukit Tinggi. Disini terdapat banyak gedung yang menawarkan pelbagai pilihan kain sulam dan tenun antaranya Aneesa, Puteri Minang dan banyak lagi. Makan malam di restoran tempatan.

HARI KEEMPAT : BUKIT TINGGI – PADANG – KUALA LUMPUR (B) 27 JUN 2010
Sarapan pagi di hotel. Check-out dan bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau untuk penerbangan balik ke Kuala Lumpur dengan pesawat Airasia AK471 pada jam 08:30pagi. Dijangka tiba di LCCT Kuala Lumpur jam 10:40pagi. Lawatan Tamat..

HARGA PAKEJ : RM 850.00 seorang

HARGA PAKEJ TERMASUK :
- Penerbangan pergi/balik dengan pesawat Airasia termasuk cukai
- Penginapan selama 3 malam (2 orang sebilik)
- Aturcara lawatan seperti di itinerari
- Hidangan makan seperti di itinerari
- Khidmat Pemandu pelancong tempatan
- Pengangkutan sepanjang lawatan
- PERCUMA khidmat pengurusan bagasi Airasia (Max 15kg)

CONFIRMED DEPARTURE : 4H3M HO CHI MINH + CUCHI + MEKONG (MUSLIM) 03-06 JUN 2010


HARI PERTAMA KUALA LUMPUR – HO CHI MINH TOUR (D) 03JUN10
Berkumpul di LCCT Sepang jam 12:30tghari bagi urusan daftar masuk. Berlepas ke Ho Chi Minh City dengan pesawat Airasia AK882 pada jam 02:55ptg. Tiba di Tan Son Nhat International Airport sekitar jam 03:45ptg. Peserta akan disambut oleh wakil kami. Lawatan ringkas dimulakan ke Cho Lon (Big Market of Chinese in Saigon) dan membeli-belah di China Town. Makan malam di restoran tempatan. Daftar masuk ke hotel.

HARI KEDUA HO CHI MINH – CU CHI TOUR (B/L/D) 04JUN10
Sarapan pagi di hotel. Meneruskan lawatan ke Cu Chi. Didalam perjalanan, peserta akan dibawa singgah di beberapa tempat menarik. Tiba di Cu Chi, lawatan ke Perkampungan Bawah Tanah (underground village) yang digunakan keika Perang Vietnam. Dengan panjang keseluruhan terowong ini ialah sekitar 200km, ianya cukup membuat peserta kagum. Kembali ke Ho Chi Minh City. Lawatan diteruskan lagi ke Reunification Palace, War Crime Museum, Notre Dame Cathedral and Old Post Office, former US Embassy dan membeli-belah di Ben Thanh Market. Makan tengahari dan malam disediakan di restoran tempatan.

HARI KETIGA HO CHI MINH – MY THO TOUR + MEKONG DELTA (B/L/D) 05JUN10
Sarapan pagi di hotel. Meneruskan lawatan ke My Tho yang mengambil masa perjalanan sekitar 3jam. Menaiki bot di Sungai Mekong dan melawat Orchard Island yang cukup terkenal disini. Makan tengahari di restoran tempatan. Melawat Vinh Trang Pagoda yang berusia hampir 150 tahun. Melawat Dong Tam Snake Farm, Dloi Sun Island dan Bonsai Gerdan. Kembali ke Ho Chi Minh City. Makan malam disediakan dalam cruise di Saigon River. Kembali ke hotel.

HARI KEEMPAT HO CHI MINH – KUALA LUMPUR (B) 06JUN10
Sarapan pagi di hotel. Acara bebas untuk membeli-belah di Ben Thanh Market yang terletak berhampiran hotel. Keluar dari hotel sekitar jam 12:30tghari dan dibawa ke Tan Son Nhat International Airport untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dengan pesawat Airasia AK883 pada jam 04:10ptg. Dijangka tiba di LCCT Sepang pada jam 07:00mlm. Lawatan Tamat….

Harga : RM 1400.00 seorang (Deposit RM700)


Harga Termasuk :
01. Tiket penerbangan Airasia KUL/Ho Chi Minh City/KUL
02. Penginapan selama 3 malam (2 orang sebilik)
03. Aturcara lawatan seperti di itinerari
04. Hidangan makanan Halal seperti di itinerari
05. Khidmat Tour Guide yang fasih berbahasa Inggeris
06. Bayaran masuk ke tempat-tempat lawatan
07. Diiringi oleh Pengurus Pelancong dari RH Bestari Travel

 
Powered by Blogger