Thursday, May 21, 2009

ITINERARI 4H3M BANDUNG

HARI PERTAMA : KUALA LUMPUR – BANDUNG + SHOPPING (L/D)
Berlepas dari LCCT Kuala Lumpur dengan pesawat Airasia QZ7594 jam 09:40pagi. Dijangka tiba di Hussein Sasteranegara International Airport jam 10:45pagi. Disambut oleh wakil kami disana. Anda akan terus dibawa melawat sekitar Kota Bandung meliputi Bangunan Merdeka yang terletak di Jalan Merdeka (juga dikenali sebagai Bangunan Persidangan Asia Afrika), Jalan Braga, Gedung Sate yang menjadi simbol Pejabat Gabenor Jawa Barat dan juga Institut Teknologi Bandung yang merupakan universiti tertua di Bandung. Makan tengahari di restoran tempatan. Membeli-belah di Jalan Riau yang terkenal dengan factory outlets nya seperti Heritage, Cascades, The Summit, For Men, The Stamp dan The Secret.. Daftar masuk ke hotel. Makan malam di restoran tempatan.

HARI KEDUA : BANDUNG + TANGKUBAN PERAHU (B/L/D)
Selepas sarapan pagi di hotel, lawatan diteruskan ke gunung berapi Tangkuban Perahu yang menjadi simbol Bandung. Perjalanan mengambil masa sekitar 1 jam. Di puncak gunung ini, peserta berpeluang melihat sendiri keindahan alam semulajadi yang cukup indah dengan suasana yang cukup nyaman. Selepas itu, singgah di Ciater Hot Spring bagi bersantai sambil menikmati kolam air panas yang menyegarkan. Makan tengahari di restoran tempatan. Kembali ke Kota Bandung. Membeli-belah di Jalan Setiabudi dan Cihampelas yang terkenal dengan barangan berjenama pada harga murah. Juga Donatello Shoes House bagi membeli pelbagai jenis kasut pada harga murah. Makan malam di restoran tempatan. Kembali ke hotel.

HARI KETIGA : BANDUNG + SHOPPING (B/L/D)
Selepas sarapan pagi di hotel, hari yang ditunggu-tunggu oleh semua peserta untuk membeli-belah sepenuhnya. Peserta 마무 야 bawa ke Cibaduyut yang terkenal dengan barangan kulit dan Cihampelas Jeans Store. Membeli-belah di factory outlets seperti Grande, Episode, Edward Forrer, Natural dan banyak lagi. Makan tengahari di restoran tempatan. Membeli-belah di Pasar Baru yang merupakan syurga membeli-belah di Kota Bandung. Disini peserta berpeluang mendapatkan Baju Kurung, Kain Batik, Kain Sutera, Telekung dan juga ole-ole Bandung. Makan malam di restoran tempatan. Kembali ke hotel.

HARI KEEMPAT : BANDUNG – KUALA LUMPUR (B)
Selepas sarapan pagi di hotel, peserta akan dibawa ke tempat mendapatkan ole-ole Bandung seperti Kue Lapis, Brownies, Kartika Sari dan Amanda. Selepas itu dibawa ke Hussein Sasteranegara International Airport bagi meneruskan perjalanan pulang dengan pesawat Airasia QZ7597 jam 12:25tghari. Dijangka tiba di LCCT Kuala Lumpur jam 03:30petang. Lawatan Tamat…

0 comments:

Post a Comment

 
Powered by Blogger