Thursday, May 21, 2009

ITINERARI 4H3M JAKARTA BANDUNG

HARI PERTAMA : KUALA LUMPUR – JAKARTA (L/D)
Berlepas dari LCC Terminal Kuala Lumpur dengan pesawat Airasia AK952 pada jam 07:00pagi. Tiba di Suekarno-Hatta International Airport pada jam 08:00pagi (waktu Indonesia). Disambut oleh wakil kami disana. Anda akan dibawa berehat dan bersiar-siar di Ancol. Makan tengahari di restoran tempatan. Meneruskan lawatan ke Taman Mini Indonesia. Daftar masuk ke hotel. Makan malam di restoran tempatan.

HARI KEDUA : JAKARTA – BANDUNG (B/L/D)
Sarapan pagi di hotel. Meneruskan perjalanan ke Bandung. Dalam perjalanan, rombongan akan melawat Taman Safari Indonesia bagi melihat pelbagai hidupan liar. Makan tengahari di restoran tempatan. Perjalanan di teruskan ke Bandung dan setiba di Bandung, peserta akan dibawa membeli-belah dimulakan ke beberapa Factory Outlets yang terkenal di Bandung seperti Terminal Tas dan Rumah Mode. Daftar masuk ke hotel. Makan malam di restoran tempatan.

HARI KETIGA : BANDUNG + SHOPPING (B/L/D)
Sarapan pagi di hotel. Peserta akan dibawa melawat Tangkuban Perahu. Disini anda dapat melihat pemandangan dari puncak gunung berapi. Melawat Ciater Hot Spring Water. Makan tengahari di restoran tempatan. Peserta akan di bawa ke tempat menjual produk barangan kulit dan jeans, Cibaduyut. Disini peserta boleh mendapatkan pelbagai barang berkualiti pada harga yang murah. Meneruskan membeli-belah di pasar yang cukup terkenal di Bandung, Pasar Baru. Makan malam di restoran tempatan.

HARI KEEMPAT : BANDUNG – JAKARTA – KUALA LUMPUR (B/L)
Sarapan pagi di hotel. Bertolak balik ke Jakarta dengan melalui Lebuhraya Chipularang yang memakan masa 3jam. Sebaik tiba di Jakarta, makan tengahari di restoran tempatan. Peserta masih berkesempatan dibawa membeli-belah saat akhir di ICT Mangga Dua. Sekitar jam 04:30ptg, dibawa menuju Suekarno-Hatta International Airport bagi penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dengan pesawat Airasia AK957 pada jam 08:20mlm. Dijangka tiba di LCC Terminal Kuala Lumpur jam 11:30mlm..

2 comments:

Anonymous said...

saya ingin mengunakan khidmat tour di Jakarta dan Bandong tiket pergi balik telah d tempah hanya perlukan khidmat tour seperti didalam pakej Jakarta Bandong 4 hari 3 malam berapa bayaran yang di kenakan kami seramai 18 orang

RH Bestari Travel And Tours said...

maaf atas kelewatan menerima msg ini.
Tuan/Puan boleh hubungi kami melalui email admin@rhbestari.com atau terus ke email peribadi Pengarah Operasi kami mann@ymail.com
Terima Kasih

Post a Comment

 
Powered by Blogger