Saturday, May 1, 2010

CONFIRMED DEPARTURE : 6H5M BEIJING + GREATWALL (MUSLIM) 07-12 JUN 2010

HARI PERTAMA : KUALA LUMPUR – BEIJING + AKROBATIC SHOW (L/D) 07 JUN 10
Berkumpul di Tingkat 5, Balai Berlepas KLIA pada jam 06:00pagi bagi urusan daftar masuk bagasi dan mendapatkan boarding pass. Berlepas dengan pesawat MAS MH378 pada jam 09:00pagi. Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Capitol Beijing sekitar jam 03:15ptg. Selepas urusan Imigresen, Kastam dan tuntutan bagasi, anda akan disambut oleh wakil kami disana. Anda akan dibawa menonton Acrobatic Show yang cukup terkenal diseluruh dunia. Makan malam di restoran tempatan. Daftar masuk ke hotel.

HARI KEDUA : BEIJING + TIANAMEN SQUARE (B/L/D) 08 JUN 10
Sarapan pagi di hotel, lawatan diteruskan ke Tianamen Square yang merupakan sebuah lapangan terbesar di kota Beijing. Juga memasuki Forbidden City yang merupakan istana maharaja beberapa dinasti cina terdahulu. Makan tengahari di restoran tempatan. Sembahyang Zohor di Nan Dou Ya Mosque yang merupakan masjid tua di kota Beijing. Melepaskan lelah anda di Foot Massage Training Centre dimana anda akan menikmati urutan tapak kaki secara percuma. Singgah di Silk Store bagi mendapatkan produk sutera asli pada harga yang amat berpatutan. Makan malam di restoran tempatan. Di bawa membeli-belah di Wangfujing Road yang terkenal dengan jolokan “Bintang Walk Beijing”. Disini peserta akan bebas bersiar-siar dan membeli-belah. Kembali ke hotel.

HARI KETIGA : BEIJING + TEMBOK BESAR CHINA (B/L/D) 09 JUN 10
Setelah sarapan pagi di hotel, anda akan dibawa menuju Greatwall of China yang terletak diluar kota Beijing. Dalam perjalanan, anda akan dibawa singgah di Jade Centre bagi melihat sendiri pembuatan jed tulen. Singgah pula sebentar di Crystal Palace bagi melihat keindahan produk Kristal. Makan tengahari di restoran tempatan. Di restoran ini juga terdapat surau bagi peserta solat Zohor dengan selesa. Tiba di Tembok Besar bagi melihat sendiri antara tujuh keajaiban didunia. Berehat sekitar 2jam, kembali ke kota Beijing. Singgah sebentar di Bao Shu Tang Centre bagi melihat pembuatan ubatan cina moden. Tiba di kota Beijing, makan malam di restoran tempatan. Kembali ke hotel.

HARI KEEMPAT : BEIJING TOUR + SHOPPING (B/L/D) 10 JUN 10
Sarapan pagi di hotel. Lawatan akan dimulakan ke Summer Palace yang merupakan sebuah kawasan istana yang cukup luas. Didalamnya terdapat sebuah tasik buatan, Kunming Lake. Singgah sebentar untuk melihat pembuatan barangan hiasan dari mutiara di Pearl Centre. Melawat ke Dr Tea bagi menikmati beberapa jenis the cina yang amat bernilai untuk kesihatan. Sembahyang Zohor di Madian Mosque yang merupakan satu lagi antara masjid tertua di Beijing. Makan tengahari di restoran tempatan. Tibalah masanya untuk anda dibawa membeli-belah di Russian Market yang merupakan salah satu syurga berbelanja di kota Beijing. Ia dipenuhi oleh produk buatan China yang nyata dijual dengan harga amat rendah. Seterusnya membeli-belah di Yashow Market yang lebih besar. Pelbagai barangan boleh didapati disini termasuk pakaian, kasut, beg, bagasi, cadar, barangan elektronik dan pelbagai lagi. Makan malam di restoran tempatan.

HARI KELIMA : BEIJING TOUR + SHOPPING (B/L/D) 11 JUN 10
Sarapan pagi di hotel. Anda akan di bawa melihat Beijing Olympic Main Stadium yang berbentuk seperti sarang burung.
Dibawa membeli-belah seharian di Kota Beijing. Antaranya Hong Qiao Pearl Market, Silk Street Market dan Yueshiow Market. Makan tengahari dan makan malam di restoran tempatan.

HARI KEENAM : BEIJING – KUALA LUMPUR (B) 12 JUN 10
Sarapan pagi di hotel. Bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Capitol Beijing untuk penerbangan pulang dengan pesawat MAS MH371 pada jam 09:00pagi. Dijangka tiba di KLIA sekitar jam 03:15ptg.


PAKEJ TERMASUK :
- Penerbangan dengan pesawat Malaysia Airlines pergi/balik
- Cukai Lapangan Terbang pergi/balik
- Penginapan di hotel 4 bintang selama 5 malam (2orang sebilik)
- Aturcara lawatan seperti itinerari diatas.
- Hidangan makanan seperti itinerari diatas.
- Pengangkutan sepanjang lawatan.
- Khidmat Tour Guide yang fasih berbahasa Melayu
- Diiringi oleh Pengurus Pelancong dari RH Bestari Travel
- Bayaran masuk ke tempat lawatan
- Bayaran visa ChinaPERCUMA cenderahati dari RH Bestari Travel

1 comments:

Huda Rahim said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment

 
Powered by Blogger