Saturday, May 1, 2010

CONFIRMED DEPARTURE : 4H3M RANAH MINANG (BUKIT TINGGI) 24-27 JUN 2010

HARI PERTAMA : KUALA LUMPUR – PADANG – BUKIT TINGGI (D) 24 JUN 2010
Berlepas dengan pesawat Airasia AK474 pada jam 02:05petang. Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau sekitar jam 02:05petang (waktu Indonesia), peserta akan disambut oleh wakil kami. Perjalanan akan dimulakan menuju ke Bukit Tinggi melewati Lembah Anai di mana peserta dapat menyaksikan panorama dan Air Terjun Lembah Anai. Perjalanan diteruskan ke Pandai Sikek bagi melihat sendiri pembuatan songket dan ukiran kayu yang terkenal di Sumatera Barat. Tiba di Bukit Tinggi pada lewat petang, check-in dan beristirehat. Makan malam di restoran tempatan.

HARI KEDUA : MINANGKABAU TOUR (B/L/D) 25 JUN 2010
Sarapan pagi di hotel. Lawatan diteruskan ke Sulaman Hajah Rosmah yang terletak di Desa Baso. Berhenti di Tabek Patah untuk melihat proses pembuatan kerepek pisang dan kopi. Kemudian peserta dibawa pula ke Batu Sangkar untuk melihat Istana Raja Silindung Bulan, Makan tengah hari di restoran tempatan. Lawatan diiteruskan ke Danau Singkarak yang merupakan danau yang terbesar di Sumatera Barat. Membeli-belah di Pasar Atas yang cukup sinonim dengan Jam Gadang nya. Disini peserta akan berpeluang mendapatkan pelbagai barangan tempatan dengan harga yang berpatutan. Makan malam di restoran tempatan

HARI KETIGA : BUKIT TINGGI + SHOPPING SAKAN (B/L/D) 26 JUN 2010
Sarapan pagi di hotel. Peserta akan dibawa melawat sekitar Bukit Tinggi, mengunjungi Panorama Ngarai Sianok, Lobang Jepang. Berhenti di Kota Gadang yang terkenal sebagai tempat penjualan kraftangan perak. Makan tengahari di restoran tempatan. Peserta akan di bawa membeli-belah di sekitar Bukit Tinggi. Disini terdapat banyak gedung yang menawarkan pelbagai pilihan kain sulam dan tenun antaranya Aneesa, Puteri Minang dan banyak lagi. Makan malam di restoran tempatan.

HARI KEEMPAT : BUKIT TINGGI – PADANG – KUALA LUMPUR (B) 27 JUN 2010
Sarapan pagi di hotel. Check-out dan bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau untuk penerbangan balik ke Kuala Lumpur dengan pesawat Airasia AK471 pada jam 08:30pagi. Dijangka tiba di LCCT Kuala Lumpur jam 10:40pagi. Lawatan Tamat..

HARGA PAKEJ : RM 850.00 seorang

HARGA PAKEJ TERMASUK :
- Penerbangan pergi/balik dengan pesawat Airasia termasuk cukai
- Penginapan selama 3 malam (2 orang sebilik)
- Aturcara lawatan seperti di itinerari
- Hidangan makan seperti di itinerari
- Khidmat Pemandu pelancong tempatan
- Pengangkutan sepanjang lawatan
- PERCUMA khidmat pengurusan bagasi Airasia (Max 15kg)

1 comments:

Anonymous said...

I am not sure where you're getting your information, but good topic. I needs to spend some time learning much more or understanding more. Thanks for fantastic information I was looking for this info for my mission.

Here is my blog - hair salon Parktown North

Post a Comment

 
Powered by Blogger